Blogger Backgrounds

Ahad, 3 Julai 2011

Malaikat Jadi Tentera

Semasa berlakunya Perang BAdar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera islam bertempur dengan tentera Quraish. Pasukan tentera islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.
    Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraish. Setelah mengemaskansaf tentera Islam, RAsulullah kembali ke tempat khusus untuk bermunajat dan memohon restu kepada Allah, "Ya Allah, kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."
   Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang denagn penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa dengan bersungguh-sungguh  sehingga terjatuh kain serban dari atas bahunya. Abu Bakar terpaksa meletakkan semula di atas bahu Baginda lalu berkata: "Cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu"
    Ketika itu, Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibrail. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.
    Firman Allah " (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu, Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikatyang datang berturut-turut" (Surah Al-Anfal: 9)
   Baginada terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu BAkar bahawa Jibrail telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihar musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Qurais. Baginda berkata, "Musnah kalian semua" sambil melontar pasir itu kearah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan