Blogger Backgrounds

Jumaat, 29 Julai 2011

Jumaat yang penuh barakah dan hari yang sangat indah...

Pertamanya pagi itu wiyah dihadiahi tudung,coklat dan pen 
yang terukir nama RABIATUL ADAWIYAH oleh orang yang sangat 
wiyah sanjungi...(namanya dirahsiakan =^-^=)
" Nah, ini untuk kamu..."
" Ya Allah! cantiknya tudung ni..pandai kamu pilih wrna..
sebab warna ni kesukaan wiyah"
" Sebenarnya 'saya' pilih warna ni sebab tahun 
ni baju raya saya warna HIJAU
"Terima kasih ye... :)"
"Ok...sama-sama :)... 'saya masuk kelas dulu.."


Tudung berwarna hijau coklat cadbury dan pen yang diukir nama RABIATUL ADAWIYAH
sayang kamu.... =^-^= terima kasih...

Berbunga hati dapat tudung yang sememangnya
 warna kegemaran wiyah...
Kemudian pagi tu di perhimpunan diadakan ceramah tentang 
Ramadan oleh Ustaz Abdul Jalil Bin Raihan...
(ustaz saya semasa di SASA)
sayu sungguh bila diterjah dengan kata-kata
"mudah-mudahan kamu semua dapat 
berpuasa dengan lebih baik dari Ramadan yang sebelum ini..."
Allah....! hampir saja kolam air mataku melimpah...
tiba-tiba saja wiyah terjengah Ramadan lalu...
Ya Allah andai masa bisa diputar 
pastinya akan wiyah lalui Ramadan lalu seindahnya...
"Dengan kalam cinta Zikrullah
Alunan gemersik nyanyian Al-Quran
Pujuk rayu pada Tahjud
Mendahagakan kasih cinta-Nya"
saksikanlah hebatnya cinta si pengemis iman...
seusai ceramah kami diberi air "jampi"
dijampi ayat-ayat suci Allah...
Kata Ustaz Kusnan untuk lindung diri
daripada ganguan jin dan syaitan laknatullah...

Tiba masa untuk pulang.....
Kami 3KAA bermaafan serta mengucpkan tahniah 
kerana dapat bertemu kembali dengan bulan barakah Ramadan...
meriah sungguh...!
kami dapat rasakan kehangatan Ramadan itu...
Mereka melaungi "tak sabarnya nak puasa!!!!!!!!"
indah!!!.......
Allah...aku bersyukur ya Allah... 







Sabtu, 16 Julai 2011

Sahabat


Pada hari khamis 14.7.20011 telah berlaku satu pristiwa yang sangt menyedihkan.... 
macam nak berpisah je...
smpai nangis2...
masa tu lepas habis kelas tambahan di kantin
kami berkumpul (kecuali dayah dy sk maahad)
fika meluahkan isi hatinya yang mungkin dipendamnya dari pagi....
pagi tu sampailah petang tu dia diam je dan cakap yang bukan2... 
tah pape je..(persis kata cendekiawan 'Abg Raja)
dah selesai meluah rasa fika menghadiahi kami biskut berbetuk hati....

'R' bermaksud Rabiatul Adawiyah iaitu pemilik blog ini..


kami yang sedang menangis terharu sangat.....
Fika cakap "aku mintak maaf kat korang kalo aku ade buat 
korang terasa hati, mulut aku korang tau la kan..bnak cakp ape semua..."
Ainul membalas "disebabkan perangai ko yang macam tu lah yang
buat ko istimewa sangt pada kitorng"
kemudian kami mengangguk tanda setuju
Fatin yang tadinya kelihatn marah slepas habis klas tambahan terus 
menitiskn air mata.....
Wiyah pula bersuara "aku tak suke ko macm ni cube beri
tahu knpe sbnye ko ni...kalo
ada maslah brithu lah kteorang..."
Akhirnya pulanglah kami bersama-sama... 
dengan perasaan yang bercmpur baur ntara 
sedih gembira penat tertanya tanya....
Andai dayah bersama pasti melengkapkan lagi peristiwa... (lewah! kene
 marah nanti dgn cikgu Harliza tercinta)

Dari sinilah wiyah belaja erti sayang antara sahabat... ikatan yang kukuh mencipta rasa kasih... bersatu ukhwah yang terjalin atas nama Allah... Moga ikatan ini diberkati.....
Sayang kalian semua.... Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agong....

Ahad, 3 Julai 2011

Malaikat Jadi Tentera

Semasa berlakunya Perang BAdar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera islam bertempur dengan tentera Quraish. Pasukan tentera islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.
    Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraish. Setelah mengemaskansaf tentera Islam, RAsulullah kembali ke tempat khusus untuk bermunajat dan memohon restu kepada Allah, "Ya Allah, kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."
   Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang denagn penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa dengan bersungguh-sungguh  sehingga terjatuh kain serban dari atas bahunya. Abu Bakar terpaksa meletakkan semula di atas bahu Baginda lalu berkata: "Cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu"
    Ketika itu, Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibrail. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.
    Firman Allah " (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu, Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikatyang datang berturut-turut" (Surah Al-Anfal: 9)
   Baginada terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu BAkar bahawa Jibrail telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihar musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Qurais. Baginda berkata, "Musnah kalian semua" sambil melontar pasir itu kearah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.