Blogger Backgrounds

Jumaat, 29 Julai 2011

Jumaat yang penuh barakah dan hari yang sangat indah...

Pertamanya pagi itu wiyah dihadiahi tudung,coklat dan pen 
yang terukir nama RABIATUL ADAWIYAH oleh orang yang sangat 
wiyah sanjungi...(namanya dirahsiakan =^-^=)
" Nah, ini untuk kamu..."
" Ya Allah! cantiknya tudung ni..pandai kamu pilih wrna..
sebab warna ni kesukaan wiyah"
" Sebenarnya 'saya' pilih warna ni sebab tahun 
ni baju raya saya warna HIJAU
"Terima kasih ye... :)"
"Ok...sama-sama :)... 'saya masuk kelas dulu.."


Tudung berwarna hijau coklat cadbury dan pen yang diukir nama RABIATUL ADAWIYAH
sayang kamu.... =^-^= terima kasih...

Berbunga hati dapat tudung yang sememangnya
 warna kegemaran wiyah...
Kemudian pagi tu di perhimpunan diadakan ceramah tentang 
Ramadan oleh Ustaz Abdul Jalil Bin Raihan...
(ustaz saya semasa di SASA)
sayu sungguh bila diterjah dengan kata-kata
"mudah-mudahan kamu semua dapat 
berpuasa dengan lebih baik dari Ramadan yang sebelum ini..."
Allah....! hampir saja kolam air mataku melimpah...
tiba-tiba saja wiyah terjengah Ramadan lalu...
Ya Allah andai masa bisa diputar 
pastinya akan wiyah lalui Ramadan lalu seindahnya...
"Dengan kalam cinta Zikrullah
Alunan gemersik nyanyian Al-Quran
Pujuk rayu pada Tahjud
Mendahagakan kasih cinta-Nya"
saksikanlah hebatnya cinta si pengemis iman...
seusai ceramah kami diberi air "jampi"
dijampi ayat-ayat suci Allah...
Kata Ustaz Kusnan untuk lindung diri
daripada ganguan jin dan syaitan laknatullah...

Tiba masa untuk pulang.....
Kami 3KAA bermaafan serta mengucpkan tahniah 
kerana dapat bertemu kembali dengan bulan barakah Ramadan...
meriah sungguh...!
kami dapat rasakan kehangatan Ramadan itu...
Mereka melaungi "tak sabarnya nak puasa!!!!!!!!"
indah!!!.......
Allah...aku bersyukur ya Allah... 







Sabtu, 16 Julai 2011

Sahabat


Pada hari khamis 14.7.20011 telah berlaku satu pristiwa yang sangt menyedihkan.... 
macam nak berpisah je...
smpai nangis2...
masa tu lepas habis kelas tambahan di kantin
kami berkumpul (kecuali dayah dy sk maahad)
fika meluahkan isi hatinya yang mungkin dipendamnya dari pagi....
pagi tu sampailah petang tu dia diam je dan cakap yang bukan2... 
tah pape je..(persis kata cendekiawan 'Abg Raja)
dah selesai meluah rasa fika menghadiahi kami biskut berbetuk hati....

'R' bermaksud Rabiatul Adawiyah iaitu pemilik blog ini..


kami yang sedang menangis terharu sangat.....
Fika cakap "aku mintak maaf kat korang kalo aku ade buat 
korang terasa hati, mulut aku korang tau la kan..bnak cakp ape semua..."
Ainul membalas "disebabkan perangai ko yang macam tu lah yang
buat ko istimewa sangt pada kitorng"
kemudian kami mengangguk tanda setuju
Fatin yang tadinya kelihatn marah slepas habis klas tambahan terus 
menitiskn air mata.....
Wiyah pula bersuara "aku tak suke ko macm ni cube beri
tahu knpe sbnye ko ni...kalo
ada maslah brithu lah kteorang..."
Akhirnya pulanglah kami bersama-sama... 
dengan perasaan yang bercmpur baur ntara 
sedih gembira penat tertanya tanya....
Andai dayah bersama pasti melengkapkan lagi peristiwa... (lewah! kene
 marah nanti dgn cikgu Harliza tercinta)

Dari sinilah wiyah belaja erti sayang antara sahabat... ikatan yang kukuh mencipta rasa kasih... bersatu ukhwah yang terjalin atas nama Allah... Moga ikatan ini diberkati.....
Sayang kalian semua.... Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agong....

Ahad, 3 Julai 2011

Malaikat Jadi Tentera

Semasa berlakunya Perang BAdar, Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana tentera islam bertempur dengan tentera Quraish. Pasukan tentera islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.
    Tentera-tentera Muslimin berada di medan pertempuran untuk mempertahankan serangan tentera Quraish. Setelah mengemaskansaf tentera Islam, RAsulullah kembali ke tempat khusus untuk bermunajat dan memohon restu kepada Allah, "Ya Allah, kirimkanlah bantuan dan pertolongan-Mu. Ya Allah tunaikanlah janji-Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini."
   Apabila peperangan semakin memuncak, perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang denagn penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa dengan bersungguh-sungguh  sehingga terjatuh kain serban dari atas bahunya. Abu Bakar terpaksa meletakkan semula di atas bahu Baginda lalu berkata: "Cukuplah wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu"
    Ketika itu, Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan pula kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibrail. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus.
    Firman Allah " (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu, Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikatyang datang berturut-turut" (Surah Al-Anfal: 9)
   Baginada terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu BAkar bahawa Jibrail telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihar musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju besi. Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah tentera Qurais. Baginda berkata, "Musnah kalian semua" sambil melontar pasir itu kearah mereka menyebabkan tidak ada seorang pun yang tidak terkena pasir itu. Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur. 

Selasa, 7 Jun 2011

Gadis Itu

Gadis manis itu
Masih mampu tersenyum ceria
Menyembunyikan luka di dada
Tanpa membuat sesiapa curiga

Gadis manis itu
Berikan bahagia pada semua
Tanpa memikirkan siapa dia atau mereka
Baginya semua adalah keluarga

Gadis manis itu
Dalam hatinya seribu rahsia
Tidak mampu dicungkil oleh sesiapa
Kerna baginya itu adalah haknya
Berkongsi dengan orang tertentu sahaja

Gadis manis itu
Hatinya selembut sutera
Gayanya indah bersahaja
Keikhlasan menemani setiap langkahnya

Dalam diam..
Hati gadis itu melakar derita
Namun tidak pernah dikhabar pada semua
Dilabuhkan doanya buat Sang Pencipta
Kerana dia yakin dengan kekuasaan Yang Maha Esa
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Hikmah yang tersembunyi di alam nyata
Hanya diketahui pabila tiba masanya

Gadis manis itu
Mula berbicara
Wahai penghuni dunia
Jangan pernah rasa sangsi dan curiga
Yakinlah rahmat Allah ada dimana-mana
Menemani kita sepanjang masa
Tanpa mengira siapa kita

Pesannya pada semua
Melangkahlah selagi terdaya
Kenali la erti penat jerih yang ada
Tinggalkan rasa putus asa
Kerana kita hidup hanya sementara
Hargailah nikmat yang masih ada
Teruskan perjuangan di dunia
Demi kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya..

Hijab

Temanku datang dalam keadaan yang tidak seperti biasa, hari ini dia datang dengan menggunakan hijab. Teman-teman yang lain pula mulai mendekatinya, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi dengannya, kemudian salah seorang diantara kami bertanya :

“Loh? Ini baju baru model apa yang kamu pakai…Apa sebab kamu memakainya?” Dia menjawab dengan hati senang dan bangga , “ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar Firman Allah : “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. ” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( QS Al Ahzab :59)


Dan apakah kalian juga tidak membaca Firman Allah : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya ( QS An Nuur : 31)

Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang …”Kenapa Islam mewajibkan wanita untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya? ! Padahal keduanya adalah daya tarik dan perhiasannya?”

Diapun menjawab…”Ukhtiku yang mulia…Sesunguhnya hijab adalah perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penyayang dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa .Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiara tetapi untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternoda.”

Ukhtiku yang baik, sesungguhnya disebalik jilbab yang syar’i itu terdapat makna kehidupan , iman dan kesopanan. Kerana kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dipoleskan pada wajah, atau kerana pakaian-pakain yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.”

Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru…”Apakah kamu tidak kuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh? “

Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab…”Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah “…Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)

“Wahai saudariku muslimah…Sesunguhnya aku tidak akan pernah rela menikah kecuali dengan laki-laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita-cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang. Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum dan menghinakannya di hadapan manusia , apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka?”

Kembali seorang dari kami bertanya : “Wahai ukhtiku , bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang yang ketinggalan zaman?” dia pun kembali menjawab : “ Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman-temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah? Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak di dalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya menjadikan kamu terlihat indah di hadapan manusia. Inilah keburukan yang sebenarnya !!! Iaitu ketika kita mengikuti kata- kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia…”

“Wahai ukhti muslimah…aku nasihtkan kepadamu sekalian…Sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kalian, tinggal di neraka untuk selamanya atau tinggal di syurga untuk selamanya dan tidak ada kata lain untuk lari dari apa yang telah ALLAH dan RasulNya tetapkan , sabda Rasul :
Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat (pada zaman ini) satu kaum yang memegang pecut(cemeti) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia , dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang , merayu-merayu menarik hati dan berlengang-lengang membesarkan kondenya bagaikan punggung untuk yang mereng, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal baunya sungguh bias tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun. ( Hadis Riwayat Muslim)

“Ukhtiku muslimah , apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian pnjng akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona? ..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak dipakaian yang dipersempit. Hati-hatilah, kalian adalah murobbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi -generasi handal . Hati-hatilah , kamu ibarat bintang kejora yang sedang bersinar yang sinarnya akan mempengaruhi segala sesuatu disekelilingnya ..”

Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata-katanya , ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali ke jalan ALLAH dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat , aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan…Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan.

Kemudian aku pun berkata “ Ukhtiku …Semoga ALLAH membalas kebaikanmu..ajarilah aku bagaimana hijab yang syar’i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan robbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan .”

Wahai muslimah…sesunguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan adabmu adalah islam , hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona’ah dan redha kepada Robbmu dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan . Lebar dan tidak sempit , tidak menonjolkan anggota tubuh , tidak melenakan pandangan laki-laki , tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki dan tidak menjadi buah bibir orang.

Wahai muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir-akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah , memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang , ataupun mewarnakan kuku yang bisa menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak keabsahannya. Sungguh menyedihkan kerana hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab.

Dan kepada para muslimah yang istiqomah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syariat ALLAH:

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati ALLAH dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) “ (QS Al Hadid: 16)

Diri ini UMPAMA POHON IMAN

Akhlak umpama buah pada pohon iman. Akar tunjang pada pohon itu adalah persoalan iman, batangnya adalah rukun ISLAM, dahannya persoalan fardhu kifayah, rantingnya umpama amalan-amalan sunat manakala akhlak adalah buahnya.
Sesungguhnya, revolusi akhlak inilah yang dinantikan oleh manusia kini. Hanya inilah dengan kemajuan teknologi dan ketinggian tamadun material akan dapat menjamin kesejahteraan hidup manusia pada alaf akan datang.

Khamis, 2 Jun 2011

Ingatan Buat Semua =^-^=

Ketika Akan Menikah

* Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu untuk anak-anak, dan jangan pula dicari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak.

Ketika Melamar

* Anda bukan sedang meminta kepada orang tua atau wali si gadis, tetapi anda sedang meminta kepada Allah melalui orang atau wali si gadis.

Ketika Akad Nikah

* Anda berdua bernikah di hadapan penghulu atau si Imam tetapi anda berdua menikah di hadapan Allah yang Maha Menyaksikan .

Ketika Jemputan Keramaian

* Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendo’akan anda, sebab anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai sebab mensia-siakan do’a mereka.

Ketika Biduk Rumah Tangga

* Jangan saling berlepas tangan dikala tragedi buruk berlaku, tetapi sebaliknya pereratkanlah genggaman tangan antara kedua suami dan isteri.

Ketika Belum Memiliki Anak

* Cintailah suami atau isteri anda 100%.

Ketika Telah Memiliki Anak

* Jangan berbahagi cinta anda kepada suami atau isteri dan anak-anak tetapi cintailah suami atau isteri anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%.